Wednesday 23 November 2011

Panduan Guru


RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk                           : Akidah ( Beriman Kepada Rasul )
Matapelajaran       : Pendidikan Islam
Kelas                          : Tahun 2

Ringkasan  Mengajar
1.      Menyenaraikan nama 25 Rasul yang wajib diketahui.
2.      Murid menyebut secara berulang nama 25 Rasul.

Objektif pengajaran dan pembelajaran.
1.      Murid dapat menyebut bilangan Rasul yang wajib diketahui.
2.      Murid dapat menyenaraikan nama 25 Rasul dengan lancar.

Bahan Bantu Mengajar
1.      Carta
2.      Lembaran kerja
3.      Power point
4.      Senikata dan lagu

Program Komputer yang digunakan.
1.      Power Point
2.      Microsoft Word

Kenalpasti masalah
1.      Murid tidak pasti berapa bilangan Rasul yang wajib diketahui.
2.      Murid belum dapat menyenaraikan nama 25 Rasul.



Penilaian
Murid menyelesaikan latihan bertulis yang diedarkan oleh guru semasa proses pengajaran.

Aktiviti
Sebelum menggunakan komputer.
Guru bersoal jawab tentang Rukun Iman dan bilangan Rasul yang wajib diketahui.

Semasa menggunakan komputer
Guru menyenaraikan nama 25 Rasul melalui program power point.

Selepas menggunakan komputer
Murid diberi latihan pengukuhan melaui lembaran kerja dan menyanyi lagu “25 Rasul” berpandukan senikata yang diedarkan bersama lagu.

Penilaian Akhir
Murid murid akan dinilai melalui:
Pencapaian murid melalui jawapan yang diberikan ketika proses soal-jawab dijalankan.

Penilaian juga dibuat berdasarkan lembaran kerja yang dibuat.

No comments:

Post a Comment